Pelakon lelaki ada skandal, isteri pun ada skandal - Utusan Malaysia

Pelakon lelaki ada skandal, isteri pun ada skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memang terkejut dan pening kepala dibuatnya bila Cik Bunga dapat tahu mengenai perkara ini. Betul-betul hidup macam Mat Salleh lah ya.

Agaknya Mat Salleh pun tak macam mereka ini yang sah dah berdarah Melayu totok walaupun lahir di negara jiran. Cik Bunga dengar, pelakon lelaki ini sebenarnya sudah banyak kali kantoi ada skandal.

Dia pula kononnya tak boleh kalau tak ada wanita dalam hidupnya. Kalau lama tinggalkan isteri, laju saja ada skandal di sana sini. Modal cuma guan wajah elok dan gelaran artis lah dik. Jual itu saja, mana perempuan gedik tak nak tolak walaupun tahu dia berstatus suami orang.

Kemudian, agaknya kerana sudah lama berang dengan perangai suami yang kaki perempuan, si isteri pun nak juga buat benda sama. Kebetulan, jumpa pula bekas teman lelaki. Jiwa tengah celaru, apa lagi, konsepnya cinta bertaut kembali lah.

Tetapi yang hairannya, kalau sudah tak ada hati kenapa masih nak teruskan hubungan suami isteri sehingga tergamak buat benda haram dengan adanya kekasih gelap masing-masing?

Itu sebab Cik Bunga kata tadi, kehidupan macam ini mengalahkan Mat Salleh. Nak kata tak ada agama, sah sah beragama Islam. Lagi satu, apa pula kata anak-anak yang semakin membesar? Anak-anak sekarang cerdik pintar tahu.

Selama mana nak membohongi anak-anak? Wah.. memang ‘hebat’ mereka ini. Cik Bunga harap kedua-duanya sedarlah dengan perbuatan salah mereka itu. Harap hati mereka dijentik Tuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya