'Tua' masih berbisa - Utusan Malaysia

‘Tua’ masih berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGIKUT kamus dewan, bisa boleh diterjemahkan kepada dua maksud; racun dan mampu. Maka, berbisa yang saya tulis sebagai kepala artikel juga membawa kepada dua maksud, hidup atau mati.
Apabila pelakon, Que Haidar menggegar dunia maya dengan gambar dan video tanpa baju, ramai peminat terutamanya wanita naik ‘gila’. Masing-masing melampiaskan komen tanpa saringan iman kadang-kadang.

Menggunung dengan kolaborasi bersama pelbagai jenama dan mungkin ketika ini, dia sedang silang panggung memilih naskhah untuk dijayakan tidak lama lagi.Namun panas tidak bertahan lama, penampilan Que di beberapa video dan terbaharu, di sebuah rancangan realiti menampakkan hakikat ada sekolompok manusia yang kurang senang dengannya.

Dikatakan melampau, tua tidak sedar diri dan mencari publisiti atau dalam bahasa pasar, mencapub, Que ibarat menjadi papan sasaran segelintir warganet yang tidak suka dengan peribadi sebegitu.

Ada pula yang mendakwa kononnya Que dalam fasa melawan realiti. Selepas bercerai, dia seolah hilang arah dan mula merendahkan eksklusiviti yang selama ini dipegang. Poklip nak tanya, siapa anda?

Siapa anda yang berani meluahkan isi hati dan fikiran manusia lain? Menilai orang sekadar dari hantaran di media sosial? Atau anda pernah berbual langsung dengan Que mendengar luahan jiwanya?

Tetapi tidaklah juga Poklip bersetuju dengan apa sahaja yang dilakukan Que. Ingat, bisa tu ada dua maksud. Que memang berbisa, tetapi adakah bisa itu menghidupkan atau mematikan? Kena plilih salah satu.

Dalam pada masa yang sama, kita sama sekali tidak boleh menafikan golongan artis dan selebriti senior kita mempunyai bisa sendiri. Poklip lihat, tidak ramai pelakon era kini yang mempunyai aura seperti mereka.

Dari segi populariti, iya benar, memang ramai yang popular terutama jika perbandingan dinilai menerusi jumlah pengikut di media sosial. Tetapi impak kepada industri seni dan kerjaya anda satu hari nanti, harus diteliti.

Ada yang sekadar popular tetapi tidak mempunyai aura yang boleh mengekalkan mereka dalam gelanggang seni. Ada yang mula bongkak dan lupa diri setelah galmor memeluk. Belum lagi kita cerita tentang bakat.

Maka tidak pelik jika artis lama masih mendapat perhatian. Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Eman Manan, Faizal Hussien dan ramai lagi mempunyai bisa sendiri yang tidak boleh disaingi.

Tetapi ini bukan soal persaingan, setidaknya kita dapat lihat pelakon baharu mempunyai aura sendiri untuk relevan. Ada tetapi tidak ramai. Hun Haqeem, Nadhir Nassar dan Idan Aedan antara yang terlihat.

Ini baru kita cakap soal pelakon lelaki. Pelakon wanita juga tidak terlihat siapa yang mempunyai aura dan identiti sendiri sehingga memungkinkan mereka bergelar primadona satu hari nanti. Mungkin ada, tetapi masih tersorok.

Tetapi berpatah balik kepada intipati awal tadi, berkongsi itu tidak salah cuma jangan berlebih-lebih. Mula-mula memang orang suka tetapi lama-lama nanti, macam macam kecaman. Yang sakit hati? Anda. Bukan Poklip.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN