Cik Bunga tahu, tidak baik untuk kita buat andaian melulu sedangkan hal sebenar tidak kita ketahui. Tetapi, ada yang sampaikan pada Cik Bunga, pelakon lelaki ini rupanya sedang berhadapan dengan masalah kewangan sekali gus bakal menyaksikan dirinya melalui era kejatuhan.
Kalau dahulu, ketika zaman dia berjaya dengan perniagaan yang dijalankan selain nama sedang memuncak, dia boleh dikatakan antara artis berjaya juga. Kehidupan memang mewah tetapi seiring pula dengan sikap angkuh.
Iyalah, orang sedang ada duit banyak dalam tangan, lupalah diri. Malahan orang lain pula dilihat kecil dan bagai ‘sampah’ di matanya.
Tetapi sikap itu tidak diketahui ramai, cuma orang yang pernah terkena sahaja tahu. Sementelah dia pula pandai berlakon di media sosial, tunjuk baik, tunjuk yang molek-molek sahaja. Paparan sebegitu kenalah ada kalau tidak rosaklah reputasi, orang tidak menyokong pula nanti.
Lepas itu, makin lama makin merudum denganya perniagaan yang dijalankan. Entah kenapa, mungkin kerana ekonomi semasa agaknya. Cik Bunga pun bukan tahu sangat bab itu, kita bukan ahli perniagaan.
Hal itu juga dibocorkan oleh ahli keluargnya sendiri, yang mengatakan si pelakon ini pening bagaimana mahu melunaskan hutang-piutang yang ada.
Itulah, semasa sedang senang, lupa diri, buat orang. Mungkin antara doa orang teraniaya itu Allah angkat, maka ini jua balasan darpadai-Nya.Malas Cik Bunga hendak tulis nasihat panjang-panjang, sendiri mahu sedarlah.









