Rupanya artis wanita itu pernah ajak kenalannya kahwin - Utusan Malaysia

Rupanya artis wanita itu pernah ajak kenalannya kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga sengaja tidak mahu sebut nama pelakon wanita ini. Sebab kalau sebut, pasti orang sudah boleh tahu siapa yang dimaksudkan.

Kisahnya, Cik Bunga dengar, dia pernah ajak seorang daripada kenalan lelakinya untuk berkahwin. Tetapi dengarnya, lamaran artis itu ditolak dengan cara baik oleh lelaki tersebut.

Memanglah tidak salah pun ajak kahwin. Tak pelik pun, apa lagi kalau dua-dua tidak terikat sebagai suami atau isteri orang.

Apa yang Cik Bunga hairan, sebelum ini apabila ditanya, artis itu tidak mengaku ada hubungan dengan lelaki berkenaan.

Namun di media sosial, dia ada juga buat hantaran gambar ala-ala mesra dengan lelaki berkenaan, siap beri hadiah lagi.

Ada yang berbisik pada Cik Bunga, pelakon itu memang intim dengan kenalannya itu yang juga seorang usahawan.

Bagi Cik Bunga, tidak salah pun kalau perempuan yang layangkan pertanyaan untuk tujuan berkahwin kepada lelaki. Kalau lelaki itu lambat sangat beri respons, atau lambat pick up tanda isyarat daripada si wanita, memang si wanitalah yang kena jalankan gerak kerja dahulu.

Tetapi, Cik Bunga harap si wanita itu tidak putus asa untuk terus mencari cinta sejati dan meneruskan hasrat untuk mendirikan rumah tangga walaupun pernah kena reject dengan kenalannya itu.

Cik Bunga percaya, suatu hari nanti, si pelakon wanita itu akan bertemu juga dengan lelaki tepat yang boleh dijadikan calon suami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN