Tolak Rumah Bangsa bukti Pas penting diri - Amanah

Tolak Rumah Bangsa bukti Pas penting diri – Amanah

KHALID Abdul Samad dalam sidang akhbar selepas Program Makan Colek KADA Bersama Pengamal Media Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pendirian Pas menolak inisiatif Rumah Bangsa mencerminkan sikap mementingkan diri dan kegagalan parti itu untuk bersikap terbuka dalam usaha penyatuan politik Melayu.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, reaksi negatif Pas terhadap gagasan yang diilhamkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi itu menunjukkan parti berkenaan hanya mahu dilihat sebagai peneraju tetapi sukar menerima inisiatif pihak lain.

“Pas gagal dalam usaha ini kerana mereka mahu jika mereka yang buat, orang lain datang. Tetapi apabila orang lain buat, mereka tidak mahu bersama. Itu masalahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, sikap seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi Pas,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Maka Colek Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) bersama pengamal media Kelantan, di sini.

Khalid berkata, Pas dan Amanah sangat maklum bahawa insiatif Rumah Bangsa adalah usaha untuk menyediakan satu pentas bagi membolehkan parti-parti Melayu bertemu dan berbincang.

Katanya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sendiri menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa pada awal Mac lalu dan agak mengecewakan apabila ia mendapat respons negatif daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas itu.

“Saya hadir dalam mesyuarat yang diadakan, begitu juga Takiyuddin mewakili Pas. Semua maklum bahawa ia (Rumah Bangsa) adalah satu platform  untuk parti-parti Melayu bertemu dan berbincang.

“Jadi saya tidak nampak apa keburukan yang ditakuti Pas sehingga presidennya mengeluarkan kenyataan yang bagi saya tidak bijak serta merugikan kerana usaha melakukan kebaikan seharusnya disambut oleh semua pihak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini