DUNIA Hollywood merupakan medan persaingan pelakon seluruh dunia untuk mencipta nama.
Ramai pelakon yang nama mereka meledak kerana filem atau watak yang mereka lakonkan.
Namun, ada juga dalam kalangan bintang Hollywood ini yang tersilap langkah kerana menolak watak-watak berimpak tinggi.
Berikut empat pelakon yang pernah menyesal kerana menolak melakonkan karakter ikonik.
SEAN CONNERY
Pelakon ini pernah ditawarkan AS$10 juta (RM42,009,993) untuk memegang watak Gandalf menerusi filem Lord of The Rings.
Beliau juga ditawarkan 15 peratus daripada setiap keuntungan yang dijana filem trilogi tersebut.
Namun tawaran-tawaran lumayan itu tidak mampu memenangi hati Sean Connery. Beliau menolak tawaran melakonkan Gandalf atas alasan keliru dengan jalan cerita filem itu.
Connery juga memaklumkan yang dia kurang berminat dengan filem berunsurkan fantasi. Beliau kemudiannya mengakui menyesal kerana menolak watak berkenaan.
MATTT DAMON
Damon pernah ditawarkan bayaran serta imbuhan keuntungan filem mencecah lebih AS$250 juta (RM1,051,125,000) untuk melakonkan watak Jake Sully dalam filem Avatar.
Beliau bagaimanapun menolak tawaran berkenaan atas alasan terikat dengan komitmen penggambaran filem The Bourne Ultimatum.
Damon menyifatkan penolakan itu sebagai tindakan yang tidak bijak yang dilakukan seorang pelakon Hollywood.
EMILY BLUNT
Blunt merupakan pilihan pertama pengarah, Jon Favreau bagi watak Natasha Romanoff dalam filem Black Widow.
Pelakon berasal dari London, United Kingdom itu terpaksa melepaskan tawaran melakonkan karakter tersebut kerana terikat dengan penggambaran filem Gulliver’s Travels.
Meskipun mengambil pendekatan berlapang dada, Blunt menganggap keadaan itu antara situasi paling mengecawakan sepanjang karier lakonannya.
LEORNARDO DICAPRIO
Sepanjang perjalanan kariernya, pelakon berusia 50 tahun ini telah menolak untuk melakonkan banyak watak ikonik.
Antaranya adalah Anakin Skywalker dalam filem Star Wars: Episode II yang dilakonkan Hayden Christensen.
Leornardo beralasan, beliau tidak bersedia untuk terikat dengan komitmen yang lebih besar jika terbabit dengan filem berkenaan.
Pada masa sama, pelakon itu juga memberitahu yang beliau pada ketika itu ingin menumpukan kepada watak-watak yang lebih artistik dan dramatik seperti Keaty dalam filem The Beach serta Amsterdam Vallon (Gangs of News York).