DUNIA muzik Indonesia, jika dibandingkan dengan Malaysia, lebih luas padangnya. Pemainnya juga lebih ramai kerana setiap tahun, ada sahaja penyanyi-penyanyi baharu yang muncul mengisi kekosongan. Kalau di Malaysia, nama Lyodra Ginting mungkin belum segah Kris Dayanti Lemos atau Rossa. Namun di negara seberang, anak kelahiran Medan, Sumatera Utara ini, mengharum dan sedang mekar. Lyodra lebih daripada rupa paras yang cantik. Kebolehan dan pesonanya cukup membezakan dia dengan penyanyipenyanyi lain. Dan…