MENGAJAK pemilik nama penuh Muhammad Hairi Amin Hamdan ini membuka cerita tentang kehidupan peribadinya bukan satu tugas mudah sebenarnya. Dia lebih senang dengan ketetapan privasi dan rahsia. Lantaran itu, ketika sesi temu bual ini mula menghitung detik mula, dia tampak canggung dan mencuba sebaik mungkin menyusun kata tanpa menumpahkan apa-apa yang boleh membuka cerita lain. Namun hakikatnya, pemilik nama pentas MK ini jujur dalam setiap tutur kata. Tidak terlalu berselindung,…










