Bintang Korea bakal sambut Ramadan - Utusan Malaysia

Bintang Korea bakal sambut Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di sebalik populariti dan glamornya dunia K-Pop di Korea Selatan, rupa-rupanya ramai yang belum tahu bahawa sebenarnya, ada dalam kalangan artis di sana yang beragama Islam.

Bukan apa, maklum sahajalah, di sebalik kemilau dunia seni yang majoritinya didominasi oleh warga Korea itu sendiri, siapa sangka, ada kalangan artis mereka yang sebenarnya Muslim namun tidak diberitakan secara meluas.

Bagaimanapun, dari satu sudut, ia menunjukkan bahawa dunia seni K-Pop itu meraikan keberagaman dalam budaya mahupun pegangan agama antara kalangan selebriti dan artis mereka sendiri.

Memandangkan kita bakal menjengah ke bulan Ramadan, apa kata Pancaindera kongsikan lima artis Korea yang turut meraikan bulan yang mulia ini bersama. Nak tahu siapa mereka, jom semak di bawah.

Manny (Varsity)

Manny atau nama sebenarnya, Xiao Dongcheng dari kumpulan Varsity merupakan antara bintang K-Pop yang beragama Islam. Jejaka kelahiran China ini sebenarnya berketurunan Uighur dari negara terbabit.

Sebagai muslim, Manny kerap kali juga berkongsi momen ibadahnya di media sosial dan sebagai muslim, sudah tentulah Manny pun bakal menjalani ibadah puasa sebagaimana semua umat Islam yang lain.

Bagi yang mahu tahu, Varsity mula debut pada Januari tahun 2017 dengan single bertajuk UR My Only One. Kumpulan ini mencuri perhatian ramai karena kesemua anggotanya memiliki latar belakang yang beragam.

Bagaimanapun, kumpulan ini terpaksa berpecah sekitar 2019 atas beberapa alasan tertentu.

Zayyan (Xodiac)

Zayyan atau nama lengkapnya, Muhammad Rifki Fahri Zayyan merupakan idol K-pop yang berasal dari Indonesia.

Zayyan berada di bawah agensi One Cool Jasco dan mula debut bersama kumpulan Xodiac pada 25 April 2023 dengan single berjudul Throw A Dice.

Sebelum menjadi bintang K-pop, Zayyan mengikuti sesi uji bakat nyanyian dalam sebuah program televisyen di Indonesia iaitu Rising Star pada tahun 2018 dan Indonesian Idol (2019).

Ayana Moon

Wanita bernama Ayana Moon ini merupakan salah seorang daripada selebriti Korea yang beragama Islam. Ayana atau nama sebenarnya, Ayana Jihye Moon ini mula bergelar mualaf dan mengenakan hijab sejak tahun 2012.

Perjalanannya menjadi seorang muslim juga ditulis dalam bukunya yang berjudul Ayana: Journey to Islam. Pada awalnya keluarga wanita ini menentang keputusannya untuk menjadi seorang mualaf.

Namun, karena keyakinan yang kuat tentang agama Islam, wanita kelahiran tahun 1995 ini teguh dengan pendiriannya.Bagaimanapun, seiring berjalannya waktu, keluarga Ayana mulai menerima keputusannya. Bahkan jejaknya menjadi seorang mualaf diikuti adiknya sendiri.

Lee Ki Woo

Aktor drama 18 Again, Lee Ki Woo difahamkan telah memeluk agama Islam setelah membuat satu kenyataan di dalam sebuah sesi temu bual dengan pihak media sebelum ini bahawa dia telah berhenti minum alkohol.

Disebabkan itu, ramai beranggapan Lee Ki Woo kini merupakan seorang muslim meskipun dia tidak mengesahkannya secara umum.

Lee Ki Woo merupakan seorang artis dari Korea yang tidak hanya terkenal di negara itu, tetapi juga di seluruh negara Asia menerusi kerjaya lakonannya.

Dalam sebuah wawancara di Korea, Lee Ki Woo ada menyebut secara tersirat bahawa dia merupakan seorang muslim tetapi menganggap bahawa perihal agama dan kepercayaan adalah sesuatu yang sangat peribadi untuk diulas.

Choi Jin Hyuk

Aktor yang membintangi drama The Heirs bersama Lee Min Ho ini khabarnya telah memeluk agama Islam sejak beberapa tahun lalu.

Perkara ini bermula ketika Choi Jin Hyuk mengatakan dirinya sudah berhenti minum alkohol, sama seperti kisah pelakon Lee Ki Woo.
Namun begitu, untuk kenyataan rasmi mengenai perkara itu, tidak pernah dinyatakan oleh pelakon ini.

Baginya, isu agama adalah sangat sensitif dan terlalu peribadi untuk dicanangkan. Bagaimanapun, terdapat desas desus mengatakan Choi cenderung mengamalkan cara hidup hariannya seperti seorang Muslim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya