Memang ada yang cuba lagakan saya, Ziana - Hasif Upin - Utusan Malaysia

Memang ada yang cuba lagakan saya, Ziana – Hasif Upin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA penyanyi lelaki ini semakin mendapat tempat di dalam industri seni muzik tempatan. Terutama selepas lagu duetnya dengan penyanyi bersuara emas, Ziana Zain, Waktu tular baru-baru ini.

Namun lain pula ceritanya selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok yang mendapat kecaman ramai apabila tarian Hasif dan dua penari menimbulkan rasa kurang senang dan jelik segelintir warganet.

Malah ada yang mengecam suara Hasif yang dikatakan sumbang, sama seperti tariannya juga. Lantas segelintir mereka menyifatkan penyanyi Dilema sekadar menumpang populariti Ziana semata-mata. Jawablah mendapatkan Hasif!

J: Baru-baru ini, ada video persembahan Hasif bersama dua penari di sebuah acara tular. Kalau baca komen, ada yang cakap banyak yang sumbang. Merujuk kepada suara dan tarian Hasif serta penari. Komen?

H: Saya seorang yang suka mencuba, lebih-lebih lagi dalam muzik. Stacy merupakan salah seorang idola saya, rasa bangga dan gembira dapat perform lagu dia untuk persembahan tersebut.

Saya pun ingin beri sedikit kelainan kepada para peminat yang hadir. Kalau ada yang dengar sumbang dan tarian tidak bagus, itu bergantung kepada individu tersebut. Saya yakin peminat–peminat gembira dan suka persembahan pada malam tersebut.

J: Sebelum ini selalu dapat komen suara sedap, nyanyi live sama macam kaset, tiba-tiba dapat kecaman suara sumbang macam itu. Terkejut? Kecewa?

H: Saya tidak rasa kecewa atau terkejut. Hak untuk komen dan bersuara dari netizen saya sangat hargai. Tetapi saya juga terbuka dan terima jika ada yang kurang suka. Saya akan cuba untuk menambah baik lagi persembahan dan nyanyian pada masa akan datang.

J: Malah ada yang komen, sebab itu Ziana Zain kena bantu Hasif untuk lebih menyerlah walhal masing-masing ada kekuatan dan strategi. Masih ada yang rasa Hasif tak sesuai berduet dengan Ziana Zain?

H: Saya ada baca banyak juga komen mengenai kolaborasi bersama Kak Ziana. Saya yakin masing-masing ada kekuatan dan kelebihan masing-masing.
Kak Ziana adalah seorang penyanyi legenda dan saya masih seorang pendatang baharu dan saya yakin dengan potensi yang ada sebagai rakan duet. Alhamdulillah, Waktu ada peminat tersendiri yang menghargai karya kami berdua.

J: Macam ada yang cuba hendak mewujudkan perbalahan antara kedua-dua kelab peminat? Macam trend pula kan. Peminat vs peminat.

H: Alhamdulillah, kelab peminat saya, Hasifian adalah penguat semangat, begitu juga dengan kelab peminat kak Ziana, Zianafolks. Mereka menyokong tanpa memikirkan perasaan dengki sesama kelab.

Saya pasti yang cuba untuk mewujudkan perbalahan itu bukanlah peminat sejati. Mereka ada niat untuk menjatuhkan kami berdua. Kalau betul mereka peminat, mereka akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

J: Perkembangan kerjaya sekarang? Selain mempromosikan lagu Waktu, mungkin da perancangan single solo sendiri? Nak cuba lakonan pula ke?

H: Masih lagi mempromosikan Waktu, Alhamdulillah sudah masuk dalam Carta Muzik-Muzik dan berada di kedudukan pertama selama lima minggu, begitu juga dalam semua carta radio-radio tempatan.

Saya juga dalam perancangan untuk single terbaharu. Masih mengumpulkan material. Ada beberapa lagu cuma belum buat keputusan.

Insya-Allah dalam tahun ini juga filem sulung lakonan saya dan MK K-Clique akan berada di pawagam. Ini kali pertama kami menjayakan filem bergenre seram di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya