Saya tidak sempurna, masih belajar agama - Sherry Ibrahim - Utusan Malaysia

Saya tidak sempurna, masih belajar agama – Sherry Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIBA-TIBA sahaja, tular gambar terbaharu pelakon, Sherry Ibrahim yang kini dikatakan sudah berniqab. Apatah lagi, swafoto dia bersama pengacara, Neelofa ketika menghadiri majlis ilmu turut bertebaran di media sosial.

Lantas ramai yang mula bertanya, benarkah Sherry sudah berniqab? Bagaimana pula dengan susunan kerjaya seninya selepas ini? Adakah dia akan memperlahankan langkah?

Ketawa manja tatkala diajukan soalan, Sherry punya jawapan sendiri. Jawablah! mendapatkan kebenaran. Sherry, jawablah!

J: Ramai yang teruja melihat swafoto Sherry bersama Neelofa, baru-baru ini. Apatah lagi, Sherry berniqab sama. Adakah memang itu imej baharu Sherry?

S: Sebenarnya, saya belum berniqab. Cuma ketika itu, saya kali pertama menghadiri majlis ilmu anjuran Neelofa. Banyak kali dia ajak, cuma belum berkesempatan. 

Ketika bersiap-siap, saya buka kotak abaya yang dipakai dan ada disertakan sekali purdah. Jadi alang-alang, saya pakai. Segan juga sebenarnya. Kita pertama kali hadir dan tempat itu memang ramai orang.

J:  Apabila gambar itu diperkatakan, ramai yang mendoakan agar Sherry kekal istiqamah dalam memakai niqab? Komen sikit?

S: Saya tidak muat naik gambar apa-apa malam itu. Cuma, ada beberapa gambar yang dimuat naik rakan selebriti yang hadir. Ramai pula warganet yang tertanya-tanya. Bila tahu itu saya, mereka teruja.

Alhamdulillah, memang saya dapat banyak pesanan peribadi dan komen di media sosial yang mendoakan supaya saya kekal istiqamah. Terima kasih. Saya gembira dengan penerimaan warganet.

Cuma perlu jelaskan, saya tidak berniqab. Takut nanti ada yang salah faham pula. Di Instagram pakai purdah, jumpa di luar tidak pula. Keluar pula cerita lain.

J: Sekarang ini, bila ada artis yang menunjukkan perubahan ke arah lebih baik, ada segelintir netizen mengharapkan agar seseorang itu terus sempurna. Kalau buat silap sikit, terus dikecam. Pendapat Sherry?

S: Saya selesa menjadi diri sendiri. Pada masa sama, saya aminkan doa mereka. Perkara yang baik dan boleh dijadikan pedoman, saya terima dengan hati terbuka.

Saya ini manusia biasa, jauh dari kesempurnaan. Banyak perkara yang saya sedang belajar. Ada yang perlu saya titikberatkan. Saya suka melihat sesuatu dari sudut positif. Doa yang baik-baik.

J: Tertekan tak apabila berhadapan situasi itu? Apabila sentiasa ada mata-mata yang memerhati dan mencari salah Sherry.

S: Tertekan itu tidak, cuma untuk memberi pemahaman kepada segelintir netizen itu sukar. Ada kala saya mengenakan pakaian yang agak ketat untuk bersenam, mereka mula mengecam dengan dahsyat sekali.

Pakaian itu adalah keselesaan saya dan masih menutup aurat. Saya sedang belajar untuk mencari solusi terbaik. Macam saya cakap tadi, saya tidak sempurna. Beri masa untuk kita saling menambah ilmu.

J:  Apa perkembangan baharu Sherry? Dengar cerita akan keluar drama baharu? Watak antagonis pula?

S: Drama baharu, Wanita Milik Tuan Putra sedang ditayangkan di TV3. Itu adalah penampilan pertama saya membawa watak antagonis. Risau juga sebenarnya, tetapi kalau orang benci dan kecam itu tandanya lakonan saya berjaya. Betul kan?

Saya anggap watak Tani sebagai cabaran. Saya tidak boleh terlalu selesa dengan watak baik sahaja. Bawa watak jahat ini penat sebenarnya. Saya pula jenis hati lembut. Nak marah orang pun susah. Jadi, bila kena lakonkan watak jahat, memang penat sangat. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya