Rayme Zainal bukan klon Roslan Shah - Utusan Malaysia

Rayme Zainal bukan klon Roslan Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI bakat baharu, dikaitkan, disamakan bahkan dibandingkan dengan mana-mana personaliti adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.

Pengalaman itu turut dilalui penyanyi, Rayme Zainal yang secara kebetulan disamakan dengan artis asal Singapura, Roslan Shah.

Kata Rayme, perkara itu sudah lama dilalui, sejak dia mula melangkah masuk ke dalam industri hiburan.

Pun begitu, tidak sedikit terbit rasa gundah atau tidak enak di hatinya, sebaliknya penyanyi berusia 44 tahun itu menyifatkan perkara tersebut sebagai penghargaan.

“Memang ada yang komen di media sosial, selain menegur muka saya dikatakan seiras Roslan. Ada juga yang kata seiras pelakon, Cico Harahap.

“Ingin saya jelaskan, saya tiada apa-apa kaitan dengan Roslan, malah tidak mengenalinya secara peribadi walaupun pernah beberapa kali berjumpa ketika menghadiri program .

“Bagi saya, Roslan sangat bagus sebagai pengacara dan boleh menyanyi. Dia sangat  menghiburkan sebagai pengacara dan versatil. Jauh lagi perjalanan saya jika hendak dibandingkan dengan Roslan,” katanya.

Rayme juga menjelaskan, biarpun sering disamakan dengan Roslan, dia tidak menggunakan kelebihan itu sebagai ruang untuk memperkenalkan namanya.

Katanya yang pernah mengeluarkan single, Tiada Lagi Esok pada 2020 dan Andai pada Mei lalu, lebih baik dia membina nama dengan bakat yang ada sebagai penyanyi dan komposer. Dia mahu berdiri atas bakat sendiri.

Video jadi tular

——————-

Tidak cuma itu, kata Rayme, dia juga sedar video nyanyiannya tiba-tiba tular di media sosial, baru-baru ini. Gara-gara video yang sudah mencecah lebih 140,000 tontonan itu, dia digelar lelaki aneh oleh netizen kerana gemar menyanyi menggunakan fon telinga dengan suara kuat di tempat awam.

Mengulas lanjut,  kata Rayme, dia sedar mungkin ada pihak tidak senang dengan video yang tular. Namun, untuk menjaga kesihatan mentalnya, Rayme memilih untuk tidak membaca komen yang ditulis.

“Kadang-kadang tertekan juga, tetapi saya tidak baca dan ambil pusing komen ditulis.  

Itu antara perkara yang perlu saya hadapi apabila memilih untuk aktif dalam industri.

“Lama-kelamaan orang akan biasa dan tidak lagi bercakap tentang hal itu,” ujarnya.

Mengulas perjalanan karier seninya, Rayme berkata, dia akan memperkenalkan single keempat, Close to You pada bulan depan dan disusuli EP pada 2023.

“Sudah lama saya minat bidang nyanyian, malah sanggup memasuki kelas vokal bersama beberapa guru seperti Cikgu Shafi, Sarah Ismail dan Aruel Ariel sejak 2017. Saya menyanyi bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada berkongsi minat dan bakat. 

“Saya berharap lagu dan nyanyian saya mendapat tempat dalam industri hiburan,” katanya.

Rayme pernah muncul juara pertandingan atas talian anjuran Sajakiri Musicdab, selain menyertai program realiti, All Together Now Malaysia musim pertama.

Persembahannya menerusi lagu Curiga yang diberi susunan lebih segar telah menarik perhatian juri dan menjadi platform untuk lelaki kelahiran Tanjung Malim, Perak ini melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian.

Pada April lalu, dia yang memiliki bakat sebagai komposer mengeluarkan single ketiga, Rindu Di Hari Raya sempena sambutan Aidilfitri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya