Zaman P. Ramlee pun banyak buka baju... - Fadlan Hazim - Utusan Malaysia

Zaman P. Ramlee pun banyak buka baju… – Fadlan Hazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan kali pertama kita tengok babak pelakon lelaki membuka baju. Rasanya sejak zaman perfileman Jalan Ampas, adegan bukan baju sudah biasa. Lebih-lebih lagi cerita kesultanan Melayu dahulu kala.

Tetapi nama Fadlan Hazim tiba-tiba panas di media sosial apabila segelintir netizen mula mengecam dan mengkritik babak tanpa bajunya dalam sebuah drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Malah, gambar tidak berbaju yang tular itu turut mendapat perhatian beberapa ustaz dan penceramah di media sosial.

Jawablah! mendapatkan Fadlan. Benarkah tanggapan orang, dia seorang pelakon yang suka jaja tubuh badan? Adakah itu cara dia mencari publisiti? Fadlan, jawablah!

Isu buka baju tular dan mendapat perhatian para ustaz serta Pencetus Ummah (PU). Apa komen Fadlan?
Semua orang ada hak untuk komen tapi bagi saya apa itu hanya berdasarkan skrip, salah saya juga kurang peka soal agama, itu kekurangan saya. Lain kali saya akan lebih berhati-hati, insya-Allah.

Produser juga sudah memberi jawapan yang Fadlan sendiri bersetuju melakonkan babak tanpa baju. Fadlan terkejut tak apabila babak itu tular walaupun belum ditayangkan?

Terkejut sangat sebab sebelum ni selalu buat dah scene buka baju contoh dalam filem Sangkar dan drama bersiri, Villa Kristal. Tapi tak pernah jadi isu besar dan tular sampai macam ini. Sejak zaman P.Ramlee pun banyak saja scene tak pakai baju tapi tak pernah pula viral.

Ada yang cakap Fadlan saja bersetuju buka baju kerana mahu mencipta kontroversi. Orang dakwa saja gunakan elemen itu untuk jual nama?
Saya sejak mula berlakon tidak pernah mencipta kontroversi untuk naikkan nama. Saya buka baju pun untuk scene mandi berenang dalam kolam, scene lain saya pakai baju. Hanya tiga daripada 700 scene.

Cuma saya faham dan terbuka dengan teguran. Saya akan lebih peka dengan persepsi masyarakat kita selepas ini.

Padahal Fadlan bukan sehari dua dalam industi, masih ada yang mendakwa sedemikian?

Semua ada pendapat sendiri, terpulang. Tetapi apa yang penting peminat dan mereka yang rapat tahu konroversi seperti ini bukan cara saya untuk kekal dalam industri.

Saya selalu cuba memperbaiki lakonan dan alu-alukan teguran yang membina daripada orang ramai.

Terkesan dengan penularan tersebut? Atau bagi Fadlan inilah asam garam dunia seni?

Tak terkesan. Ini pada saya satu perkara biasa untuk orang seni.

Ramai mengecam tetapi pada masa sama, di ruangan komen tidak kira lelaki atau perempuan semua ‘naik hantu’ dan tergoda dengan tubuh sasa Fadlan. Ada diganggu ramai?

Ramai, tapi tidak pernah layan. Saya sibuk di set. Saya buat kerja sahaja.

Ramai selebriti yang mendedahkan menjadi perhatian VVIP dan ajakan nakal hingga ke ranjang oleh peminat. Fadlan sendiri pernah berhadapan situasi itu?
Sejak mula masuk industri seni sehingga sekarang memang selalu ada. Tapi sekali pun tidak pernah saya layan. Saya cuma fokus jadi pelakon berkaliber dan hiburkan peminat di layar kaca, perak dan telefon pintar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya