Gudang perkakasan di Kampung Batu Belah hangus

Gudang perkakasan di Kampung Batu Belah hangus

Gudang perkakasan
PASUKAN bomba memadam kebakaran sebuah gudang perkakasan yang terletak berhampiran Persiaran Sultan Hishamuddin di Kampung Batu Belah, Klang. - Gambar JBPM Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah gudang penyimpanan barangan perkakasan yang terletak berdekatan Persiaran Sultan Hishamuddin, Kampung Batu Belah, di sini musnah dalam kejadian kebakaran pada tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kebakaran terbabit menyebabkan premis berkeluasan kira-kira 743 meter persegi itu hangus 80 peratus.

Katanya, bagaimanapun insiden berhampiran sebuah restoran berkenaan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Komander operasi melaporkan, kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan barangan bangunan kelas A berkeluasan 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) terbakar 80 peratus.

“Kerja kerja pemadaman dilakukan oleh anggota bomba di lokasi kebakaran,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Ashrul Riezal, gudang tersebut dikesan menyimpan barangan seperti peralatan perkakasan, cat, lampu, barangan plastik dan lain-lain.

“Teknik pemadaman menggunakan dua aliran 91 meter dan tiga pancutan nozzle. Sumber air dari pili bomba dan jentera tangki air,” jelasnya.

Katanya lagi, sebelum itu pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.45 tengah malam lalu menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dan dibantu oleh BBP Klang Selatan serta Andalas.

“Seramai 19 pegawai dan anggota berkejar ke tempat kejadian dan dibantu oleh tiga buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua jentera tangki air. Kebakaran terkawal pada pukul 1.10 pagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN