KUALA LANGAT: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran tiga buah rumah dekat Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, awal pagi tadi. Kanak-kanak lelaki itu ditemukan dalam bilik utama dalam salah sebuah rumah selepas kebakaran berjaya dikawal. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.56 pagi sebelum menggerakan sepasukan dari Balai Bomba…










