MAIS serah bantuan kepada keluarga mangsa ribut, dua sekolah

MAIS serah bantuan kepada keluarga mangsa ribut, dua sekolah

Bantuan MAIS
MOHD. Sabirin Mohd. Sarbini menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga terjejas di Dewan Harmoni, Kampung Sijangkang, di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Dua buah sekolah serta lapan keluarga yang menjadi mangsa ribut di Kampung Medan, di sini, petang semalam menerima bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), hari ini.

Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, sumbangan tersebut diberikan bagi meringankan beban dialami mangsa ribut serta bantuan bagi membaiki dua buah sekolah yang terjejas teruk.

“MAIS bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah melawat dua buah sekolah, iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan.

“Bila kami di lokasi, memang dilihat lebih separuh daripada keseluruhan sekolah terkesan (rosak) termasuk struktur kukuh dan struktur yang baru dibina.

“Kami turut melawat mangsa yang mendapat perlindungan sementara di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya selepas melawat mangsa di PPS Dewan Harmoni, hari ini.

Jelasnya, dua buah sekolah tersebut mendapat bantuan kewangan RM6,000 setiap sekolah, iaitu RM5,000 daripada MAIS dan RM1,000 daripada YIDE.

Mohd. Sabirin berkata, bagi mangsa yang terjejas mendapat wang sumbangan berjumlah RM1,050, iaitu RM500 daripada MAIS, YIDE RM300 dan LZS RM250.

“LZS akan memberikan bantuan baik pulih kerosakan rumah mangsa yang telah dikategorikan sebagai fakir miskin selepas dinilai agensi berkaitan.

“LZS juga membuka sebuah portal, iaitu Bantuan Awal Bencana Lembaga Zakat Selangor bagi membolehkan mangsa yang terkesan akibat bencana untuk memohon bantuan,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilapor memaklumkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) melalui yayasannya menyalurkan bantuan segera berjumlah RM400,000 kepada sekolah dan mangsa terlibat, selain peruntukan Tabung Bencana Negeri sebanyak RM500 bagi setiap rumah yang rosak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN