Pesakit mental maut jatuh dari tingkat 15

Pesakit mental maut jatuh dari tingkat 15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki pesakit mental berusia 22 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Kajang, pagi tadi.

Mangsa yang merupakan warga tempatan dan tidak bekerja itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 8.37 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian itu disaksikan oleh adik lelaki mangsa yang memaklumkan abangnya mengalami masalah mental dan sedang menerima rawatan di hospital kerajaan.

“Pemeriksaan lanjut polis di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat dan hasilnya mengesahkan punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya.

Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Kajang, Inspektor Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya