Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB

Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB

TAN TIAN Hau (gambar kecil) maut selepas merempuh kotak kuasa milik TNB dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh-Gapam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh kotak kuasa (feeder pillar) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh-Gapam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Tan Tian Hau, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Honda Dash dalam perjalanan dari Gapam menghala ke Ayer Keroh.

“Sebaik tiba di lokasi kemalangan, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar kotak kuasa milik TNB yang berada di bahu jalan. Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat. Borang Pol. 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Tambah Christopher, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di jalan tiga lorong satu hala, sementara keadaan cuaca adalah baik serta terdapat sumber pencahayaan. Kenderaan terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya