MELAKA: Hujan lebat dan angin kuat yang melanda negeri ini sejak petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat serta kemusnahan barangan perniagaan para penjaja.
Kawasan yang dinaiki air antaranya adalah Duyong, Bukit Cina, Kota Laksamana, Pengkalan Batu dan sekitar Banda Hilir.

Selain itu, ribut turut meranapkan khemah dan barangan penjaja di lokasi tumpuan pelancong iaitu Uptown Pahlawan Walk dan Pantai Klebang. – UTUSAN










