MELAKA: Akibat gagal mengawal kereta dipandunya, seorang wanita warga emas berusia 62 tahun menemui ajal selepas terlibat kemalangan di Jalan Malim Jaya di sini, awal pagi tadi. Dalam insiden kira-kira pukul 1.15 pagi, mangsa, Tham Fung Kiew, meninggal dunia di lokasi kejadian apabila kereta Proton Iriz dipandunya terbabas ke bahu jalan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Malim menghala ke Bukit Katil untuk pulang ke rumah. “Apabila sampai di lokasi kemalangan, kereta mangsa sedang bergerak lurus kemudian telah terbabas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya