Juruterbang dalam latihan hilang kawalan ketika mendarat

Juruterbang dalam latihan hilang kawalan ketika mendarat

PESAWAT jenis Piper 28 yang sedang dalam latihan penerbangan hilang kawalan semasa mendarat kira-kira pukul 12.16 tengah hari tadi di Batu Berendam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah pesawat milik International Aero Training Academy Sdn. Bhd. (IATAC) yang sedang dalam latihan penerbangan hilang kawalan semasa mendarat kira-kira pukul 12.16 tengah hari tadi di Batu Berendam di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pesawat jenis Piper 28 dengan nombor pendaftaran, 9M-ITQ itu diterbangkan oleh juruterbang pelatih berusia 23 tahun.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dialami juruterbang terlibat sebaliknya mangsa hanya mengalami sakit pada bahagian dada akibat kesan hentakan.

“Pada pukul lebih kurang 12.42 tengah hari, polis menerima maklumat berkaitan sebuah pesawat milik IATAC telah hilang kawalan di landasan RWY 21. Pesawat telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi kejadian pada pukul 12.50 tengah hari.

“Juruterbang dilaporkan dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans dan tiada kecederaan. Mangsa dikatakan hanya mengalami rasa sakit di bahagian dada akibat kesan hentakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya