SEPANG: Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim, 45, juruterbang yang maut dalam ‘nahas Elmina’, kelmarin tidak pernah terlepas memohon doa daripada ibunya setiap kali ingin ‘terbang’. Ibunya, Noorhizan Mohd. Salleh, 68, ketika ditemui berkata, setiap kali sebelum penerbangan, arwah menemuinya untuk meminta restu. “Heikal tidak pernah lupa meminta didoakan setiap kali dia ada tugasan (penerbangan),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa Pinggiran Putra, di sini semalam. Noorhizan berkata, arwah baru…










