Tiada Team A, Team B dalam DAP

Tiada Team A, Team B dalam DAP

ANTHONY ketika ditemui di Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2025 di sini, hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP menolak dakwaan kononnya berlaku perpecahan dalam parti itu sehingga wujud dua kumpulan ‘Team A’ dan ‘Team B’.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP merupakan sebuah parti yang bersatu dan tidak berpuak-puak seperti dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Anthony menafikan pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Ahmad Zahid dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas serta mengelirukan.

“Saya tidak mungkin mendedahkan urusan dalaman parti kepada pihak luar. Dakwaan ini langsung tidak masuk akal dan saya menafikannya sekeras-kerasnya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2025 di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Anthony turut mengingatkan para perwakilan agar tidak terpedaya dengan strategi politik lapuk yang bertujuan mencetuskan perpecahan dalaman parti.

“Ini adalah pendekatan politik lama yang cuba memecah-belahkan kita melalui permainan persepsi dan curiga,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang berlangsung dari Rabu hingga semalam menyaksikan nama DAP disebut berulang kali sehingga menjadi tumpuan utama laporan berita.

“Walaupun parti lain mengadakan perhimpunan agung, perbincangannya seolah-olah berkisar kepada DAP dan segala isu disalahkan kepada DAP.

“Ada perkara yang betul dan ada yang tidak tepat. Yang betul akan saya akui, namun bagi fakta yang salah, ia perlu diperbetulkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN