Guru lelaki maut, kereta rempuh tembok klinik

Guru lelaki maut, kereta rempuh tembok klinik

KERETA dipandu mangsa terbalik selepas terbabas dan merempuh tembok di Klinik Kesihatan Seri Tanjung, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tidak sampai satu kilometer untuk tiba di sekolah tempatnya mengajar, perjalanan seorang guru lelaki berakhir tragedi apabila dia maut selepas terlibat kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Seri Tanjung di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kereta jenis Perodua Myvi dipandu mangsa, Goh Mun Hock, 59, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjung hilang kawalan lalu terbabas ke arah kiri jalan dan merempuh tembok klinik berkenaan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi tu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Ketika kemalangan mangsa dalam perjalanan dari arah Bandaraya Melaka ke sekolah berkenaan. Sampai di lokasi, tiba-tiba kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tembok Klinik Kesihatan Seri Tanjung.

“Akibat nahas itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

GOH MUN HOCK

Tambah Christopher, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jelasnya, setakat ini belum ada saksi kejadian yang tampil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati, nahas berlaku di kawasan dua lorong dan cuaca dalam keadaan baik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya