Tragedi Batang Kali: Taman Machap Indah diselubung kesedihan

Tragedi Batang Kali: Taman Machap Indah diselubung kesedihan

MICHAEL Thai menunjukkan foto empat sekeluarga yang maut dalam tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Suasana sedih menyelubungi sebuah keluarga di Taman Machap Indah, Machap Baru dekat sini hari ini selepas menerima mayat tiga daripada empat ahli keluarga yang maut dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor.

Kira-kira pukul 3.45 petang tadi, kereta jenis Toyota Alphard yang membawa mayat pasangan suami isteri, Lai Chee Sam, 33, dan Lai See Ting dalam lingkungan 30-an serta anak lelaki, Jonas Lai Ze Kai, 2, tiba di rumah disambut ahli keluarga.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa enggan ditemui pemberita yang berkumpul di luar pekarangan kediaman berkenaan sejak pukul 2.00 petang.

Ketua Kampung Machap Baru, Michael Thai berkata, mayat anak perempuan pasangan itu, Giselle Lai Yu Xi, 6, telah dibakar di Tanah Perkuburan Cina Kesang, Jasin, dekat sini petang semalam.

Menurutnya, tiga mayat yang tiba hari ini akan dibakar di tanah perkuburan sama pada 27 Disember ini.

“Seluruh ahli keluarga mangsa sangat sedih dengan peristiwa yang menimpa anak, menantu serta dua cucu mereka.

“Saya mengenali pasangan ini dan tidak menjangka percutian mereka di tapak perkhemahan itu merupakan tragedi yang tidak dapat dilupakan.

“Ahli keluarga mangsa masih tidak dapat menerima hakikat, mereka kehilangan empat ahli keluarga sekali gus,” katanya kepada pemberita.

Turut hadir menziarahi keluarga mangsa ialah Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya