Jalan Batang Kali-Genting Highlands siap tahun depan - Utusan Malaysia

Jalan Batang Kali-Genting Highlands siap tahun depan

Batang Kali
IZHAM Hashim (tengah) bergambar dengan pegawai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang hadir dalam Bengkel IRBM Lembangan Sungai Klang di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands menelan belanja RM20 juta dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata, kerja-kerja pembaikan tersebut sedang berjalan dan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

“Kontraktor ini sedang menyiapkan tembok penahan yang mana tembok tersebut sesuai dengan kawasan itu (kawasan insiden) yang sempit dan bertahan lebih baik.

“Perlukan masa 10 bulan dan dijangka pertengahan tahun depan boleh digunakan jalan itu,” katanya selepas merasmikan Bengkel Kajian Semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Klang, semalam.

Beliau menambah, ketika ini jalan tersebut hanya dibuka untuk pekerja yang bekerja di Genting Highlands.

“Saya harap orang ramai yang selalu menggunakan jalan Batang Kali- Genting Highlands sebelum tragedi itu diharap bersabar sebelum boleh menggunakan jalan berkenaan. Gunakan laluan lain,” ujarnya.

Tragedi tanah runtuh berhampiran Father’s Organic Farm mengorbankan 31 orang daripada 92 mangsa termasuk kanak-kanak yang menginap di tapak perkhemahan tersebut pada 16 Disember lalu.

Kemudian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan sebanyak RM21.1 juta selepas laporan tragedi berkenaan dan cadangan dibentangkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.