Keluarga mangsa tragedi Batang Kali ucap terima kasih

Keluarga mangsa tragedi Batang Kali ucap terima kasih

MOHD. ALI Mohd. Rustam (kanan) hadir menziarahi keluarga mangsa yang maut dalam tragedi tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor di rumah mendiang di Machap Baru, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Waris kepada empat beranak yang maut dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus lumus mencari jasad ahli keluarga mereka.

Tai Seng Fui, 63, berkata, penemuan jasad anak lelakinya, Tan Chang Lin, 35, bersama menantu, Yu Siew Pay, 34, serta dua cucu, Tai Jing Rou, 4, dan Tai Jing Key, 7, cukup melegakannya, daripada tidak menemui langsung mayat mereka.

Menurutnya, sehingga kini dia masih sukar menerima kenyataan kehilangan anak, menantu serta dua cucu dalam sekelip mata.

“Saya sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anak kelima daripada tujuh beradik ini. Bukan sahaja kehilangan anak lelaki tetapi juga kehilangan menantu dan cucu.

“Walaupun tidak percaya dengan apa yang terjadi, sekurang-kurangnya saya lega apabila mendapat tahu kesemua mayat berjaya ditemui di tempat kejadian oleh pasukan SAR.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang berjaya menemukan jasad ahli keluarga saya termasuk mangsa-mangsa lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam menziarahinya di Taman Machap Indah, Machap Baru di sini semalam.

Mohd. Ali meluangkan masa hampir sejam, selain turut menziarahi sebuah lagi keluarga mangsa yang turut terkorban bersama isteri serta dua anak mereka dalam kejadian tersebut.

Tambah Seng Fui, kedua-dua mereka merupakan kawan baik dan merancang bersama-sama bercuti di tapak perkhemahan itu sempena musim cuti persekolahan.

“Pada awalnya mereka ingin bercuti dan berkhemah pada Mac lalu, namun apabila tempat penuh mereka menukar tarikh pada Disember sehingga berlaku tragedi yang sangat menyayat hati itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya