Keluarga mangsa dikhuatiri hilang di perairan Terengganu kesal penyebaran berita palsu - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa dikhuatiri hilang di perairan Terengganu kesal penyebaran berita palsu

GAMBAR kenangan Joha (kiri) bersama abangnya, Johan yang dikhuatiri hilang bersama 12 pemancing lain dan tiga kru bot di perairan Terengganu sejak Rabu lalu.- UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Isteri dan dua anak lelaki kepada salah seorang pemancing yang dikhuatiri hilang di perairan Terengganu dekat ini masih terkejut dan mengalami demam panas sejak menerima berita kehilangan suami dan ayah mereka itu.

Joha Salehuddin, 43, berkata, dia seorang diri tiba di Jeti Kuala Besut dari Petaling Jaya awal pagi ini bagi mengikuti secara dekat perkembangan operasi mencari dan menyelamat adiknya, Johan, 41.

Menurut Joha, berita kehilangan adiknya dan sembilan pemancing lain serta tiga tekong bot sukar diterima ahli keluarga yang lain memandangkan hubungan akrab mereka sekeluarga.

“Johan seorang suami penyayang kepada isteri dan bapa yang rapat dengan dua anak lelakinya. Sebaik mendapat berita buruk ini, isteri dan anak-anaknya demam dan tidak dapat datang ke Terengganu.

“Rombongan memancing itu sepatutnya balik ke jeti pagi Rabu lalu, namun, kesemua mereka gagal dihubungi termasuk beberapa rakan saya yang turut serta bersama adik.

“Saya juga kesal ada penyebaran berita palsu dalam media sosial mengatakan bot sudah dijumpai, ditunda dan banyak lagi yang boleh menjejaskan operasi serta menganggu emosi ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Joha lagi, dia dan ahli keluarga yakin adiknya yang bekerja sebagai juruteknik itu masih selamat bersama penumpang yang lain.

Katanya, mereka berdua berkongsi hobi yang sama dan sudah banyak kali menyertai rombongan memancing di kawasan pelantar di perairan Terengganu itu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN