Pemilik dusun durian rugi besar akibat ancaman kera

Pemilik dusun durian rugi besar akibat ancaman kera

PENDUDUK menunjukkan kera yang masuk perangkap yang dipasang dalam dusun durian di Kampung Batu Hitam di Pasir Salak baru-baru ini. – MINGGUANAIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pemilik dusun durian di sini mengalami kerugian besar apabila hasil raja buah itu tidak dapat dikutip sepenuhnya kerana dirosakkan kera liar sebelum sempat buah masak.

Seorang pemilik dusun durian di Kampung Batu Hitam di sini, Ibrahim Mat Nyan berkata, ancaman kera semakin serius menyebabkan buah durian tidak dapat dikutip seperti biasa di dusunnya yang seluas dua hektar apabila haiwan itu memakan buah yang sudah masak.

Seorang pemilik dusun durian di Kampung Batu Hitam di sini, Ibrahim Mat Nyan berkata, ancaman kera semakin serius menyebabkan buah durian tidak dapat dikutip seperti biasa di dusunnya yang seluas dua hektar apabila haiwan itu memakan buah yang sudah masak.

Menurutnya, keadaan itu memberi kesan kepada pekebun kerana ada di antara mereka mengusahakan dusun durian secara sepenuh masa dan bergantung kepada pendapatan buah durian.

“Bukan hanya buah masak dimakan kera tetapi sejak awal lagi iaitu sejak buahnya masih muda sudah dirosakkan.

“Banyak buah yang muda luruh begitu sahaja akibat dirosakkan kera.

“Saya sedih dan putus asa apabila hasil durian yang diharapkan dijual pada musim ini dirosakkan kera yang suka menjatuhkan ratusan buah durian yang belum masak,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia.

Ibrahim berkata, dia pernah bermalam di dalam van di dusun durian untuk menghalau haiwan itu.

Katanya, serangan kera terhadap pokok durian bermula sejak pokok durian mula berbuah beberapa bulan lalu dan berterusan sehingga buah masak.

“Serangan kera yang merosakkan durian semakin menjadi-jadi musim ini. Ini yang terburuk pernah saya alami, kerana banyak hasil dirosakkan atau dimakan kera.

“Saya masih ada pendapatan lain untuk menampung kehidupan seharian, tetapi bagi kawan-kawan lain yang hanya bergantung pendapatan hasil dusun semata-mata, pasti sangat terkesan,” katanya.

Menurutnya, dia berusaha mengatasi masalah itu dengan memasang perangkap kera yang diberikan oleh Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, setiap hari kira-kira 15 ekor haiwan itu masuk pe­rangkap dan pihak Perhilitan datang untuk mengambil haiwan itu yang dibawa ke tempat lain untuk tindakan susulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN