Kanak-kanak 11 tahun lemas ketika memancing di tali air - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 11 tahun lemas ketika memancing di tali air

KANAK-kanak berusia 11 tahun yang tergelincir ketika memancing ditemukan lemas berhampiran tali air di Batu 10, Chengal Lempong di Kuantan, Pahang. -GAMBAR IHSAN POLIS KUANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di tali air di Jalan Batu 10, Kampung Chengal Lempung, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 7.19 petang.

“Sebaik menerima laporan, lima anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng, bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan oleh beberapa orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir ketika sedang memancing di situ. 

“Anggota Balai Polis Beserah bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu dan mengambil tindakan,” katanya.

Mayat mangsa telah serahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, bagi tindakan lanjut. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN