Kebakaran di Bukit Malut: Rumah rapat punca api marak cepat  - Utusan Malaysia

Kebakaran di Bukit Malut: Rumah rapat punca api marak cepat 

SEBAHAGIAN rumah yang terlibat dalam kebakaran di penempatan haram Bukit Malut, Langkawi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa lebih tiga jam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran di penempatan haram Bukit Malut, Langkawi semalam ekoran struktur binaan kayu dan kedudukan rumah yang terlalu rapat di kawasan itu.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, selain itu, faktor cuaca dan angin kuat turut mempengaruhi operasi memadam kebakaran yang melibatkan 17 rumah itu.

Katanya, hasil pemeriksaan awal kebakaran bermula dari sebuah rumah penduduk yang terlibat sebelum merebak ke rumah lain di kawasan itu.

“Kita menerima laporan kecemasan pada pukul 6.47 petang, api berjaya dikawal pada pukul 7.47 malam dan padam sepenuhnya pada 10.30 malam. Kita mengambil masa untuk kawal kebakaran kerana rumah di Bukit Malut terlalu hampir antara 15 hingga 30 meter.

“Jarak yang terlalu rapat selain faktor cuaca. Binaan rumah tersebut adalah daripada kategori B dan C. Kita tahu apabila daripada kategori C iaitu kayu api akan merebak dalam tempoh 5 minit sahaja, selain  90 peratus struktur binaan terbakar,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, keseluruhan mangsa yang terlibat adalah seramai 65 orang. Jumlah kerugian pula masih dalam siasatan.

“Bukit Malut adalah kawasan dalam pemantauan bomba kerana penempatan itu terlalu rapat. Bomba sudah menambah pili bomba di kawasan itu sebelum ini sebagai langkah berjaga-jaga sewaktu kecemasan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.