Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Jalan Masai Utama - Utusan Malaysia

Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Jalan Masai Utama

ANGGOTA penyelamat menjalankan operasi menyelamat di sungai berhampiran Jalan Masai Utama, Taman Masai Utama, dekat sini petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG:  Seorang remaja dan seorang orang kanak-kanak dikhuatiri lemas dalam kejadian yang berlaku di sungai berhampiran Jalan Masai Utama, Taman Masai Utama, dekat sini petang tadi.

Menurut komander operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Yusri Atan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6.14 petang tadi.

Beliau berkata, kejadian lemas itu membabitkan dua orang mangsa yang masing-masing berusia sembilan dan 14 tahun.

Katanya, susulan panggilan kecemasan diterima, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang remaja dan seorang orang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di dalam sungai tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di sungai yang berkedalaman kira-kira 2.7 meter itu. Maklumat lanjut mengenai kes ini sedang diperolehi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, sehingga pukul 8 malam tadi, operasi tersebut masih lagi  dijalankan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya