56 premis di Karak musnah terbakar - Utusan Malaysia

56 premis di Karak musnah terbakar

56 premis membabitkan 48 rumah dan lapan kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina Karak di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Sebanyak 56 premis membabitkan 48 rumah dan lapan kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina Karak di sini malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian pukul 9.10 malam itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 9.20 malam memaklumkan kejadian tersebut.

“Seramai 52 anggota bomba bersama 10 jentera digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman dan menyelamat.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran sekitar pukul 12.10 tengah malam dan kedudukan rumah yang begitu rapat dipercayai menyebabkan kebakaran cepat merebak,” katanya di sini hari ini.

Wan Mohammad Zaidi berkata, pemantauan masih dilakukan anggota bomba di lokasi kejadian.

“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, beliau bersama pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong hadir di lokasi untuk membantu daripada segi kawalan keselamatan dan ketenteraman awam termasuk kawalan trafik di lokasi kejadian.

“Pihak saya juga membuat kawalan di kawasan sekitar dari semalam bagi membantu pihak bomba yang menjalankan siasatan mengenalpasti punca kebakaran agar tempat kejadian tidak ceroboh dan diganggu.

“Pihak saya menerusi melalui Ketua Polis Balai Karak akan membantu penduduk terlibat dalam proses membuat laporan polis,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya