Nenek 90 tahun maut dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Nenek 90 tahun maut dalam kebakaran

KEADAAN rumah yang terbakar sehingga mengorbankan Maryam Mihat di Jalan Charok Kit, Kampung Kemuning Sik hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun maut dalam kebakaran rumah di Jalan Charok Kit, Kampung Kemuning Sik, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, mangsa, Maryam Mihat meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa iaitu Zalina Mohamad, 55, melecur pada kaki dan dikejarkan ke Hospital Sik manakala mangsa, Shuid Awang, 63, terselamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.23 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat dengan peratusan kebakaran adalah 80 peratus.

“Api berjaya dikawal pada pukul 5.38 pagi dan mangsa maut berjaya dijumpai pada pukul 6 pagi di dalam bilik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan bomba dan siasatan awal berkemungkinan berpunca daripada litar pintas. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya