fbpx

Empat saudara terkandas di Hutan Lipur Lata Payung selamat

ANGGOTA bomba menggunakan kaedah ‘main line’ (mengikat tali pada pokok) bagi menyelamatkan empat mangsa yang terkandas ketika menjala ikan berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Lata Payung, Setiu, Terengganu, semalam.
  • Oleh ROSALINDA MD SAID
  • 2 Ogos 2020, 11:04 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Empat bersaudara terkandas kira-kira tiga jam selepas gagal menyeberang sungai berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Lata Payung, di sini semalam.

Kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 28 tahun itu dikatakan menjala ikan di kawasan tersebut sebelum menyedari paras air naik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Zul Azman Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.22 malam sebelum menggerakkan 14 anggota ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, terdapat masing-masing dua lelaki dan wanita dewasa terperangkap di seberang sungai. 

Kesemua mangsa berjaya dibawa menyeberangi sungai dengan selamat menggunakan kaedah ‘main line’ (mengikat tali pada pokok) dan operasi ditamatkan kira-kira pukul 10.12 malam,” katanya di sini hari ini.

Zul Azman berkata, bomba berdepan kesukaran membawa keluar mangsa berikutan paras air yang tinggi di samping arus deras. – UTUSAN

Dikemaskini pada