PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setakat ini gagal mendahului mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Bersatu turut gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRN ke-15 lalu iaitu di Gemas dan Labu.
Setakat ini, calon Perikatan Nasional (PN) daripada Wawasan, Ridzuan Ahmad mendahului di Gemas dengan 936 undi.
Sementara di Labu pula kini didahului oleh Barisan Nasional (BN) melalui calonnya, Siti Nur Umaira Hasim dengan 6,062 undi, diikuti pesaingnya daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Ahmed Faiz Abdul Razak (3,802). – UTUSAN










