65.38 peratus tunai tanggungjawab setakat 4 petang

65.38 peratus tunai tanggungjawab setakat 4 petang

SUASANA pengundian sempena PRN Negeri Sembilan di Pusat Pengundian SJKC Chung Hua, Rantau semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 65.38 peratus atau 562,133 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat pukul 4 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 70.9 peratus, diikuti DUN Seri Menanti (70.9 peratus) dan DUN Labu (70.9 peratus).

DUN Bahau, Lobak dan Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah yang sama iaitu 59 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN Negeri Sembilan ke-15 ialah 61.89 peratus atau 518.737 daripada 838,200 pengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×