Tiada isu besar kesejahteraan rakyat ganggu kempen PH

Tiada isu besar kesejahteraan rakyat ganggu kempen PH

AMINUDDIN Harun menziarah seorang penduduk yang sakit di Rumah Rakyat Permatang Pasir, Linggi, Port Dickson hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tiada isu dan masalah besar membabitkan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat membelenggu kempen Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ketika ini.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, segala permasalahan rakyat telah diambil tindakan penyelesaian awal kerajaan negeri.

“Banyak yang telah diselesaikan, banyak yang dilaksanakan perkara-perkara yang sebelum ini menjadi permasalahan rakyat, daripada peringkat awal.

“Isu tanah, isu masyarakat setempat juga kami telah selesaikan, kerana itu kita nampak tidak timbul isu besar yang menghantui perjalanan pilihan raya untuk kami.

“Kami yakin bahawa sebahagian besar telah kami selesaikan secara muafakat, secara baik secara harmoni dan inilah yang kami harapkan dan kita tidak dengar keluhan yang amat serius.

“Biasa yang kami dengar hanya masalah jalan, masalah longkang, masalah monyet yang banyak di kampung-kampung mengganggu masyarakat untuk bercucuk tanam. Tidak ada isu yang besar, tidak ada isu-isu yang terkait dengan kerajaan buat masa ni,” katanya.

Aminuddin yang juga calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Ziarah Kasih di Rumah Rakyat Permatang Pasir, Linggi, di sini.

Sementara itu, Aminuddin berkata, beliau menyokong keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menggantung sementara tauliah mengajar agama membabitkan ahli politik dan calon sepanjang tempoh kempen PRN Negeri Sembilan.

“Ini adalah langkah yang sepatutnya dilaksanakan lebih awal. Kita meminta mereka berehat atau bercuti sementara sepanjang tempoh kempen.

“Kita tidak mahu masjid dan surau dijadikan medan untuk mengajar agama sambil berkempen dalam pilihan raya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN