Formula BN-PN tawan semua negeri di Semenanjung

Formula BN-PN tawan semua negeri di Semenanjung

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Strategi persefahaman politik yang wujud di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ketika ini membolehkan kedua-dua gabungan itu secara bersama menguasai hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, senario sedemikian memang boleh berlaku jika membuat perkiraan undi yang diperoleh BN dan PN pada pilihan raya yang lalu.

“Menerusi kerjasama politik yang dapat dijalinkan ini, Insya-Allah kita akan boleh menang sebahagian besar kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

“Malah di Pulau Pinang juga, kalau kita lihat memang PH agak lebih ke depan sikit tetapi ada pengundi-pengundi Cina yang menolak DAP terutamanya kerana mereka kecewa dengan keadaan ekonomi, jadi mereka ini akan beri undi kepada BN dan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas hadir pada Ceramah PN di Unit Daerah Mengundi (UDM) Jiboi, Ampangan di sini.

Mengulas mengenai desakan PKR supaya pemimpin UMNO di Selangor melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri ekoran potensi persefahaman BN dan P N, Tuan Ibrahim berkata, situasi sama juga perlu dilakukan pemimpin PH di Perak dan Pahang.

“Ada desakan pemimpin PKR supaya membuang Exco UMNO di Selangor jadi saya fikir tindakan yang sama boleh dibuat di tempat lain juga. Di Pahang dan Perak, tiada keperluan pun dan mereka boleh keluar dari kerajaan.

“Jika senario ini berlaku, tekanan-tekanan ini, berkemungkinan besar akan makin cepat dilaksanakan pilihan raya umum,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap di program itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya formula persefahaman politik ini berjaya, beliau yakin keseluruhan negeri di Semenanjung juga boleh dimenangi oleh BN dan PN.

“Kalaupun mereka (PH) boleh bertahan, hanya di Pulau Pinang sahaja tetapi Insya-Allah seluruh Semenanjung Malaysia ini akan berjaya kita tawan.

“Selepas Negeri Sembilan, Melaka pula kemudian Sarawak, kalaulah perkara ini dapat dilaksanakan sekali gus dengan pilihan raya umum dengan Kelantan, Terengganu, Kedah telah cukup tiga tahun sidang dewannya, saya yakin tidak keberatan ketika-tiga negeri ini untuk dibubarkan juga bersama Melaka dan mungkin pilihan raya umum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN