JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang disandang mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Muda dalam satu kenyataan memberitahu, kemenangan di DUN Puteri Wangsa membuktikan rakyat negeri ini bersedia memberi peluang kepada politik baharu berteraskan integriti, keberanian dan kesungguhan untuk berkhidmat. Menurut kenyataan itu, parti pimpinan Presiden, Amira Aisya Abd. Aziz itu mempunyai ramai pemimpin generasi muda yang…










