Tujuh DUN Johor perlu persempadanan semula - DAP - Utusan Malaysia

Tujuh DUN Johor perlu persempadanan semula – DAP

Liew Chin Tong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri dinasihatkan untuk melaksanakan persempadanan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor khususnya melibatkan kawasan yang memiliki jumlah pengundi melebihi 100,000 orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong berkata, pendekatan itu adalah langkah terbaik bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat peringkat akar umbi terjamin.

“Ada cadangan pada sidang ini untuk mewujudkan ADUN Lantikan. Sebagai ahli Pengimbang, saya berharap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dapat memberi taklimat dan penjelasan yang lebih lanjut kepada pihak Pengimbang dan kepada Dewan yang mulia ini.

“Namun, daripada mewujudkan ADUN Lantikan, lebih baik kita melaksanakan persempadanan semula untuk menambah bilangan kerusi DUN. Persempadanan semula adalah pendekatan yang lebih sesuai dan tepat memandangkan ada tujuh kerusi yang mempunyai pengundi hampir
atau melebihi 100,000 orang,” katanya.

Chin Tong yang juga Pengarah Strategik DAP berkata demikian ketika berucap pada sesi perbahasan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tujuh kawasan yang dicadangkan adalah DUN Tiram yang mempunyai seramai 116,608 pengundi; DUN Puteri Wangsa (127,599 pengundi); DUN Permas (113,172 pengundi); DUN Perling (109,210 pengundi), DUN Skudai (106,497 pengundi); DUN Kota Iskandar (131,330 pengundi) dan juga DUN Johor Jaya (97,298 pengundi).

Tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, kerajaan negeri juga diminta untuk melaksanakan pembangunan dengan lebih terancang dan mampan melibatkan kawasan Johor tengah dan utara.

“Kawasan Greater Johor telah menyakiti pelbagai pembangunan dilakukan, bagaimanapun banyak yang perlu dilakukan untuk pekan-pekan kecil bagi memastikan generasi muda tidak perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.

“Kita perlu beri makna dan matlamat baharu kepada pertanian dan perladangan dalam memastikan keterjaminan makanan menjadi peluang ekonomi yang dapat memanfaatkan golongan muda, sama ada sebagai pemilik perniagaan atau pekerja bergaji setimpal,” katanya.

Habis..

Caption:

Liew Chin Tong

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×