JOHOR BAHRU: Pas Johor tidak bermasalah untuk mengadakan kerjasama politik termasuk melibatkan pembahagian kerusi bersama parti baharu pimpinan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam pilihan raya akan datang. Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed bagaimanapun berkata, sebarang kerjasama perlulah diterima dan diputuskan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat terlebih dahulu. “Sama ada parti baharu Datuk Seri Hamzah diterima (sertai PN) atau tidak, itu akan diputuskan kepimpinan…









