ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor khususnya yang tidak bersetuju dengan cadangan usul mewujudkan jawatan ADUN lantikan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok wajar kemuka bantahan. Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd. Aziz berkata, hal itu kerana masih banyak persoalan yang belum terjawab berkenaan perkara tersebut. Sehubungan itu katanya, keputusan berkaitan jawatan itu perlu dibuat secara lebih berhati-hati dengan mengambil kira pandangan semua pihak…










