MUAR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor menafikan hanya sebuah parti nyamuk dan tidak berupaya memberi impak besar kepada pentas politik tempatan. Sebaliknya, Ketua Negeri Pejuang Johor, Nornekman Osman berkata, Pejuang Johorr sedia memainkan peranan aktif sebagai ahli blok pembangkang khususnya bersama Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau berkata, walaupun belum ada pengumuman rasmi parti itu menyertai PN, namun kerjasama di peringkat akar umbi telah…










