PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) bersedia duduk semeja dengan kerajaan bagi mencari solusi terbaik untuk negara dan rakyat ketika dunia sedang bergelut dengan krisis tenaga. Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, beliau menegaskan pelawaan Perdana Menteri itu perlu dilakukan secara ikhlas dan bukannya seperti ‘ajak-ajak ayam’. “Kita (pembangkang) mengalu-alukan niat sebegitu kerana isu sekarang ini bukan isu kerajaan,…









