PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti susulan kenyataannya yang menggesa Datuk Seri Hamzah Zainuddin meletakkan jawatan. Kenyataan tersebut didakwa dibuat tanpa mandat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan mencabuli disiplin kepimpinan parti. Ketua Bahagian Bersatu Tangga Batu, Ramlan Meon berkata, kenyataan berkenaan tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui dalam mana-mana mesyuarat MPT, malah tidak dirujuk kepada ketua-ketua bahagian…










