PETALING JAYA: Cadangan mengadakan Pilihan Raya Datuk Bandar tidak menjamin secara automatik peningkatan penyampaian perkhidmatan atau tadbir urus lebih baik di Kuala Lumpur, sebaliknya berisiko menimbulkan pelbagai masalah governans baharu. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Ahli-ahli Parlimen PN percaya cadangan mengkaji pelaksanaan Pilihan Raya Datuk Bandar sebagai langkah naif, simplistik dan salah arah yang gagal memahami punca sebenar kelemahan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).…










