KINABATANGAN: Semua pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama diharap menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian esok bagi memastikan hak rakyat terus diperjuangkan.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatangan, Mohd. Naim Kurniawan Moktar berkata, pemilihan wakil rakyat kawasan itu amat penting bagi memastikan suara rakyat dibawa ke peringkat lebih tinggi.
“Saya berharap semua pengundi dapat keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” kata Mohd Naim selepas menyantuni pelatih GiatMara Kinabatangan bersama dan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd. Naim Kurniawan Moktar hari ini.
Kempen PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag telah memasuki hari terakhir hari ini dan dijadualkan tamat pada 11.59 malam.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), sementara itu, DUN Lamag menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandang kerusi, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lalu. – UTUSAN










