MELAKA: Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai reaksi keputusan Ketua Pemuda UMNO itu meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Melaka hari ini. Ahli Parlimen Kota Melaka itu juga menyifatkan keputusan Muhamad Akmal tersebut sebagai satu lumrah. “Patah tumbuh hilang berganti, pasang surut lumrah duniawi, terima kasih kepada Dr. Akmal atas perkhidmatan beliau sebagai Exco, selamat maju jaya…










