PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dijangka terus mentadbir Kerajaan Negeri Melaka sekiranya DAP menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan ia berpotensi memberi kesan kepada kestabilan politik di peringkat pusat. Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Syahruddin Awang Ahmad berkata, Kerajaan Perpaduan Melaka secara teknikalnya tidak akan tumbang serta-merta sekiranya DAP menarik diri kerana BN memegang majoriti dua pertiga yang sangat kukuh. Katanya, daripada 28 kerusi Dewan Undangan…










